Ucapan Alu-aluan Oleh Pengasas TMC

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia....

Alhamdulillah kerana dengan taufik dan hidayah-Nya serta atas segala sokongan daripada pelbagai pihak serta pengalaman dalam dunia Telekomunikasi selama Dua Belas Tahun, kami telah berjaya merangka dan merealisasikan satu program keusahawanan outlet telekomunikasi dengan konsep `All-in-One Center’ yang menyediakan semua perkhidmatan daripada syarikat Telco utama dan Telco maya (MVNO) di Malaysia serta lebih 50 Telco luar negara. Outlet ini kami telah jenamakan dengan nama TELCO MINI CENTER (TMC).

Tidak dapat dinafikan, Sektor telekomunikasi adalah satu sektor yang sangat penting dalam kehidupan manusia alaf kini. Di Malaysia sahaja, pada tahun 2009, sektor telekomunikasi telah menyumbang sebanyak 4.9% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dengan nilai sebanyak RM22 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) negara pada tahun 2009 (SUMBER: IDC; Anggaran J.P Morgan, Oktober 2009).

Kerajaan juga berhasrat untuk meningkatkan sumbangan sektor telekomunikasi ini kepada PNK sebanyak tiga kali ganda daripada RM22 bilion pada tahun 2009, kepada RM57.7 bilion menjelang tahun 2020. Kerana itu, telekomunikasi boleh menjanjikan kekayaan jika diusahakan dengan tekun dan komited.

Berbalik kepada topik asal TMC, Tujuan program keusahawanan ini diwujudkan adalah untuk membentuk dan seterusnya membantu usahawan-usahawan baru yang ingin menceburi perniagaan telekomunikasi. Setakat ini, TMC adalah platform terbaik kepada mereka yang masih tercari-cari kaedah dan penyelesaian tersebut kerana di TMC kami juga mewujudkan Kelab TMC supaya hubungan yang terjalin dapat membuka ruang dan peluang kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia telekomunikasi berkongsi dan bertukar pandangan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Bukan itu sahaja, TMC juga menyediakan landasan dan asas latihan kepada usahawan sedia ada dan baru sehinggalah mereka boleh berdikari dan terus maju menuju puncak kejayaan.

Bagi saya, Perniagaan telekomunikasi cukup mencabar kerana saya melihat ramai individu yang menceburi bidang ini akhirnya kecundang di pertengahan jalan. Meskipun permintaan terhadap penggunaan telekomunikasi dalam urusan harian amat tinggi dan kini dianggap sebagai satu keperluan malah bukan lagi satu kehendak namun masih belum dapat menjana pendapatan yang diharapkan kerana mungkin juga terdapat kesilapan dalam mengendalikan urusan perniagaan ini. Bagi saya, sejauh mana kita mengatur selok belok perniagaan telekomunikasi itu adalah kunci utamanya dan kerana itulah TMC menyediakan perkhidmatan secara terus kepada pelanggan.

Kami di TMC juga akan membantu merealisasikan impian anda menjadi kenyataan melalui usaha sama yang diwujudkan bersama TMC. Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan TMC ini tapi apa pun kesimpulannya, TMC bukan sahaja memberikan kemudahan kepada orang ramai malah mewujudkan peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk menceburi dunia Telekomunikasi dan IT.

Dengan sokongan dan kerjasama yang baik serta berterusan daripada pihak-pihak yang berkaitan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM), Syarikat Telekomunikasi dan komitmen dari pelbagai pihak diharapkan program ini dapat mencapai matlamatnya. Semoga dengan TMC, anda dapat terus maju setapak lagi dalam dunia perniagaan telekomunikasi melalui kolabrasi yang wujud dan kepada mereka yang baru ingin meneroka bidang ini, semoga terus success dan jadilah sebahagian daripada kelab TMC kerana di TMC Segalanya di sini...

Wassalam & Terima Kasih

Ikhlas dari,

Sahafuddin

Pengarah Urusan

Berjaya Telekomunikasi

Berjaya Sales & Marketing